Want your
own Fotopage?









 
azim puchong blog

By: azim puchong personal page

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-May-2007 05:53 Email | Share | Bookmark
al-fatihah buat palie

 


http://palie-on-ice.fotopages.com/

petikan dr harian Metro
Quote:
Maut ditelan arus

Oleh Abdullah Wahab dan Hadzlihady Hassan

KAJANG: “Pali nak selamatkan Zurek dan Naza yang tergelincir dan lemas, bagaimanapun air berpusar menyebabkan dia ditarik ke dasar,” kata Mohd Nor Ariff Mohd Azmi, 21, menceritakan detik kejadian yang meragut nyawa rakannya di air terjun Gunung Nuang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, Muhammad Fadli Che Hassan, 28, mati selepas lemas ketika cuba menyelamatkan dua rakannya.

Kejadian menyayat hati itu disaksikan beberapa rakannya yang lain, namun tidak dapat berbuat apa-apa berikutan arus deras dan mereka hanya mampu melihat mangsa terkapai-kapai sebelum tenggelam.

Mangsa adalah seorang daripada 18 pendaki yang menyertai ekspedisi mendaki Gunung Nuang yang mempunyai ketinggian 1,493 meter.

Kumpulan itu dikatakan memulakan pendakian pada pagi kelmarin dan tiba ke puncak gunung selepas empat jam pendakian dan bermalam di situ.

Bagaimanapun ketika dalam perjalanan pulang, dua rakan mangsa dikatakan tergelincir selepas terpijak batu licin sebelum terkapai-kapai meminta tolong.

Mohd Nor Ariff berkata, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana semua mereka tidak pandai berenang dan hanya mampu menjerit meminta tolong.

“Selepas beberapa minit menjerit meminta tolong, kemudian beberapa lelaki dari kumpulan pendaki lain tiba sebelum dua daripada mereka terjun cuba menyelamatkan Pali.

“Bagaimanapun hampir sejam menyelam, salah seorang daripada mereka menjumpai mayat Pali yang tenggelam di dasar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Difahamkan perjalanan dari kaki Gunung Nuang ke kawasan air terjun terbabit mengambil masa lebih dua jam untuk sampai ke kawasan itu.

Mangsa yang juga seorang jurugambar bebas dan tinggal di Bukit Antarabangsa, di sini adalah seorang yang aktif dan meminati aktiviti lasak.

Sejurus mangsa dinaikkan dia kemudian diberi bantuan pernafasan bagaimanapun dia gagal diselamatkan.


the star
malaymail

photomalaysia

al fatihah.... Mon 21-May-2007 14:08
Posted by:e-one xosheez@yahoo.com  - [Link]
saya sangat terkejut dengar berita ni. Masa cuti hari buruh Palie ajak pi shooting kat Kuala Selangor. Saya tolak kerana sibuk dan janji akan ikut time lain. Rupanya itulah kali terakhir saya communicate dengan beliau....sedihnya....semoga rohnya dicucuri rahmat....

p/s: pinjam gambar utk blog sapa ye.
Mon 21-May-2007 14:54
Posted by:sherrina  - [Link]
Al-Fatihah utk beliau & takziah buat keluarganya. Tue 22-May-2007 05:18
Posted by:unnamed
oo ni ke orgnye .. al-fatihah Sun 27-May-2007 14:58
Posted by:fina pina_desu8@yahoo.com
takziah buat keluarga atas pemergian arwah.
*walaupun tak kenal.al-fatihah
Mon 28-May-2007 02:21
Posted by:fad  - [Link]
Al-fatihah... Thu 31-May-2007 01:54
Posted by:akuasyiek!  - [Link]
takziah..... Tue 12-Jun-2007 00:18
Posted by:botak botak_doctor@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.